Center Of Technology

 Pengenalan


          Transformasi Politeknik yang dilancarkan pada bulan Februari 2011 adalah usaha bagi memenuhi keperluan negara yang memerlukan kira-kira 1.5 juta pekerja mahir peringkat diploma dan 680,000 daripadanya disasarkan dari lulusan politeknik selain menjadikan institusi ini sebagai peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Transformasi Politeknik mempunyai tiga matlamat utama iaitu menjadikan ia institusi pilihan utama bagi sekurang-kurangnya 50 % lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan kepada 85 % dan peneraju Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) yang setanding universiti.
Salah satu aspek dalam Transformasi Politeknik ialah penubuhan Politeknik Premier yang direlisasikan statusnya dengan pengukuhan Center of Technology (COT) dalam bidang tujahan (niche area) masing-masing. Walaupun tidak berstatus Politeknik Premier, Politeknik Kota Bharu telah mengambil langkah yang sama untuk mengukuhkan COT dalam bidang tujahan Ukur Bahan disamping bidang Kejuruteraan Pertanian dan juga Kejuruteraan Automotif. 

Skop COT

" Skop penubuhan COT adalah bagaimana warga PKB memainkan peranan dalam halatuju bidang-bidang yang dinyatakan supaya dapat memenuhi Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan bagi mencapai taraf Center of Technology "

Kreteria-kreteria yang menjadi asas kepada KPI COT adalah

  1. Kecemerlangan dalam pendekatan pedagogi/ Pengajaran dan pembelajaran.
  2. Kolaborasi dengan industri.
  3. Penyelidikan dan Inovasi
  4. Hubungan Kosultansi
  5. Penerbitan

Peranan COT

  • Koloborasi dan projek bersama industri, inovasi dan R&D.
  • Mendapatkan dana dari industri.
  • Menerima pengiktirafan badan professional
  • Menjadi pusat rujukan industri.
  • Pengurusan harta intelek dan incubator bagi pelajar semasa /lepasan politeknik dan masyarakat setempat
Sekiranya tiga dari lima kreteria KPI yang dinyatakan dapat dicapai, Politeknik Kota Bharu akan mendapat pengiktirafan sebagai Center of Technology. Hasilnya dengan bidang tujahan dan teknologi tertentu yang diperkukuhkan boleh mengupayakan PKB menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehan pasaran tinggi dan berdaya saing.

No comments:

Post a Comment