Monday, 9 March 2015

‘EDUCATIONAL INNOVATION of MOTORSPORTS & AUTOMOTIVE RACE’ (EIMARace 2013)

                                                                                       Kedudukan TS250
 
                                    Pasukan Apontez PKB mendapat tempat ke-2  kategori TS250 perlumbaan 1

                                                                                  Jentera Lumba PKB   
                    

Pasukan Apontez PKB


Kursus Evolve and Inspire





Pada 9-13 Oktober yang lalu, pelajar serta para pensyarah Politeknik dari kejuruteraan Mekanikal menghadiri kursus Evolve & Inspire  yang berlangsung di Makmal Autocad 2, Politeknik Kota Bharu. Kursus yang dibincangkan antara pihak politeknik dan pihak industri berkisar tentang keperluan kemahiran, keusahawanan, teknologi perisian rekebentuk yang diperlukan oleh pihak industri pada masa kini terutamanya dalam kejuruteraan rekabentuk. Dalam kursus ini, pelajar serta pensyarah dapat mempelajari cara-cara pengunaan perisian merekabentuk. Penggunaan perisian sebagai simulasi terutama hyperthinking, untuk rekabentuk produk dalam bidang industri pada masa kini amat berguna untuk memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Antara intipati yang amat diperlukan oleh seorang graduan adalah kreativiti dan inovasi serta berdisplin ketika berada di alam pekerjaan. Kursus yang diberikan  telah memberi kemahiran yang tinggi dalam rekabentuk menggunakan perisisan software HYPERWORKS melibatkan Evolve & Inspire. Disamping itu, peserta juga diajar untuk menganalisa rekebentuk yang dibuat.  Kursus ini jugak dapat menaikkan taraf kebolehpasaran pelajar bagi peluang pekerjaan nanti.

EDUCATIONAL MOTORSPORT CARNIVAL 2014







Pada 11 Mac 2014, seramai 47 orang peserta terlibat dalam menjayakan program Educational Motorsport Carnival di Politeknik Kota Bharu. Seramai 13 pelajar dan 7 orang pensyarah daripada  Kejuruteraan Mekanikal (Automotif). Pameran ini belansung dengan jayanya diamana disertai oleh beberapa pihak luar seperti Persatuan Drift Kelantan, Kelantan Bikers, dan Kelantan Skyline Club. Kemunculan 2 buah kereta drifting menarik minat orang ramai yang datang sempena hari konvokesyen PKB Kali ke-27. Pada majlis tersebut, para peserta telah mengikuti taklimat keselamatan penunggangan motosikal berkuasa tinggi yang disampaikan oleh wakil dari Persatuan Kelantan Bikers.