Monday, 17 August 2015

Pertandingan Inovasi PROTON-Politeknik (PIPPo) 2015.


Dato' KP JPPK meninggalkan sedikit kenangan pada Proton Sulee
 
 
Menteri pengajian tinggi ....mencuba sulee

 Proton SULEE


Politeknik Kota Bharu tahun ini telah menyertai Pertandingan Inovasi PROTON-Politeknik (PIPPo) dianjurkan oleh pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (PROTON) untuk mengembangkan pengaplikasian idea kreatif dan inovatif pelajar politeknik Malaysia dalam bidang kejuruteraan rekabentuk bagi mereka sebuah kenderaan yang moden dan futuristik berlandaskan kepada model-model PROTON terdahulu. Politeknik Kota Bharu (PKB) telah diberi sebuah Proton Gen 2 untuk ditranformasikan kepada kereta yang lebih futuristik dan moden. Tranformasi ini melibatkan keseluruhan bahagian dalaman dan luaran model tersebut. Segala proses tranformasi ini merupakan hasil daripada gabungan idea kreatif dan inovatif pelajar-pelajar PKB. Pertandingan bermula daripada 11 hingga 16 Ogos 2015 yang melibatkan 4 kategori seperti teknologi hijau, pameran, rekabentuk luaran dan dalaman. Pertandingan Inovasi PROTON Politeknik ini disertai oleh 13 buah institusi politeknik di seluruh Malaysia.  Ia merupakan pertandingan merekacipta dan mengubahsuai kereta lumba yang berkonsepkan futuristik. Projek  ini dihasilkan oleh pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Automotif. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal ,menguji daya kreativiti  dan kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam  dunia teknologi motorsport khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif yang lebih baik dan bersesuaian.

No comments:

Post a Comment