Seperti tahun-tahun yang lalu, Politeknik Kota Bharu tahun ini telah menghantar satu pasukan yang dianggotai seramai 16 orang pelajar dari kelas projek automotif untuk menyertai pertandingan perlumbaan kereta ‘EIMARACE’ 2012 di UTM International Campus Kuala Lumpur dan Litar Dato Sagor Perak.
Pasukan Politeknik Kota Bharu yang diberi nama APONTEZ telah berjaya meraih di kalangan 15 pasukan terbaik daripada 48 pasukan yang bertanding.Pertandingan ini dianjurkan oleh Malaysian Institute Japan Technology (MIJT) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM).Pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan analisa rekabentuk dan sesi perlumbaan sebenar. Sesi pembentangan diadakan pada 12-13 september di UTM International Campus dan diikuti pula sesi perlumbaan sebenar pada 15-16 september di Litar Dato Sagor Perak.Ia merupakan pertandingan merekacipta dan membina sebuah kereta lumba yang berkonsepkan kerangka formula 1, berkuasakan engine motosikal 4 lejang dan spesifikasi enginnya tidak melebihi 130cc. Projek kereta lumba ini dihasilkan oleh 16 pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Automotif.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal ,menguji daya kreativiti dan kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam dunia teknologi motorsport khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif yang lebih baik dan bersesuaian dengan nama sebenar EIMARACE iaitu Educational Innovation Of Motorsport & Automotif Race.
No comments:
Post a Comment