Sunday, 3 February 2013

Perlumbaan EIMARACE 2012


         Seperti tahun-tahun yang  lalu, Politeknik Kota Bharu tahun ini telah menghantar  satu pasukan yang dianggotai seramai 16 orang pelajar dari kelas projek automotif untuk menyertai pertandingan perlumbaan kereta ‘EIMARACE’ 2012 di UTM International Campus Kuala Lumpur dan Litar Dato Sagor Perak.

        Pasukan Politeknik Kota Bharu yang diberi nama APONTEZ telah berjaya meraih di kalangan 15 pasukan  terbaik daripada 48 pasukan yang bertanding.Pertandingan ini  dianjurkan oleh Malaysian Institute Japan Technology (MIJT) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM).Pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan  analisa rekabentuk dan sesi perlumbaan sebenar. Sesi pembentangan diadakan pada 12-13 september  di UTM International Campus dan diikuti pula sesi perlumbaan sebenar pada 15-16 september di Litar Dato Sagor Perak.Ia merupakan pertandingan merekacipta dan membina sebuah kereta lumba yang berkonsepkan kerangka formula 1, berkuasakan engine motosikal  4 lejang dan spesifikasi enginnya tidak melebihi 130cc. Projek kereta lumba ini dihasilkan oleh 16 pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan  Kejuruteraan Mekanikal Automotif.

       Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal ,menguji daya kreativiti  dan kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam  dunia teknologi motorsport khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif yang lebih baik dan bersesuaian dengan nama sebenar EIMARACE  iaitu Educational Innovation Of Motorsport & Automotif Race.

Program Rintis Politeknik Kota Bharu bersama SMK Kandis Bachok


Pada 2 Oktober 2012,  Program Rintis Politeknik Kota Bharu bersama SMK Kandis Bachok telah diadakan yang melibatkan seramai 3 orang staf & 16 orang pelajar Politeknik Kota Bharu. Majlis rintis bersama politeknik ini diadakan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam bidang sealiran antara Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan aliran Vokasional di Sekolah SMK Kandis. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan khusus kepada pelajar MPV mengenai kemahiran rekacipta teknologi dengan bimbingan dan tunjuk ajar pelajar Politeknik. Disamping itu, bengkel membuat kereta elektrik dua alam oleh pelajar-pelajar politeknik bersama dengan pelajar-pelajar MPV turut diadakan. Turut mengisi program ini, sesi infomasi kerjaya telah disampaikan oleh En. Saupi Bin. Mohamed Noor daripada Hal Ehwal Pelajar PKB.