Monday, 9 March 2015

EDUCATIONAL INNOVATION of MOTORSPORTS & AUTOMOTIVE RACE (EIMARace2014)



        

Politeknik Kota Bharu tahun ini telah menghantar 2 pasukan iaitu, TS250 dan SS131 yang dianggotai seramai 12 orang pelajar dari kejuruteraan automotif bagi menyertai pertandingan perlumbaan kereta EIMARace 2014 yang bertempat di Litar Pulau Dato Sagor Perak. Pasukan Politeknik Kota Bharu yang diberi nama APONTEZ PKB SKULL GARAGE telah berjaya meraih JUARA KESELURUHAN bagi katogeri TS250 dan berada di kalangan 14 pasukan  terbaik daripada 32 pasukan yang bertanding bagi katogeri SS131. Pertandingan ini  dianjurkan oleh Malaysian Institute Japan Technology (MJIIT) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM). Kategori pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan  analisa rekabentuk dan sesi perlumbaan sebenar.  Sesi pembentangan diadakan pada 13-14 September  di UTM International Campus dan diikuti pula sesi perlumbaan sebenar pada 17-19 Oktober 2014 di Litar Pulau Dato Sagor Perak. Ia merupakan pertandingan merekacipta dan membina sebuah kereta lumba yang berkonsepkan formula 1, berkuasakan enjin motosikal  4 lejang. Projek kereta lumba ini dihasilkan oleh pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Automotif. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal ,menguji daya kreativiti  dan kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam  dunia teknologi motorsport khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif yang lebih baik dan bersesuaian dengan nama sebenar EIMARace iaitu Educational Innovation Of Motorsport & Automotif Race.

No comments:

Post a Comment