1. NAMA PROGRAM : Amphibious Electric Vehicle (A.E.V 2012
2. TARIKH : 14 & 15 April 2012
3. TEMPAT : MRSM Jeli, Kelantan.
4. PERASMI/VVIP/VIP : Dato Sri Mustapa Bin Mohamed.
5. PENGISIAN PROGRAM : Pameran Inovasi Zon Timur
6. KATEGORI : Terbuka ( Zon Timur)
2. TARIKH : 14 & 15 April 2012
3. TEMPAT : MRSM Jeli, Kelantan.
4. PERASMI/VVIP/VIP : Dato Sri Mustapa Bin Mohamed.
5. PENGISIAN PROGRAM : Pameran Inovasi Zon Timur
6. KATEGORI : Terbuka ( Zon Timur)
Barisan Pelajar dan Pensyarah pengiring yang mewakili PKB
Pertandingan Zon Timur ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu peringkat terbuka dan peringkat sekolah. Pertandingan ini memerlukan peserta mereka cipta kenderaan elektrik yang boleh bergerak di atas darat dan juga di atas air. Kereta dikehendaki bergerak sejauh 10 meter yang mana 5 meter pertama diatas darat manakala 5 meter terakhir di atas air. Peserta yang paling pantas dikira pemenang. Sistem pertandingan yang digunakan adalah kalah mati, iaitu setiap peserta perlu melalui pusingan pertama kalah mati dan setiap peserta diberi dua kali peluang dalam perlumbaan dimana, kereta peserta yang paling pantas dikira pemenang. Politeknik Kota Bharu (PKB) telah menghantar 5 pasukan untuk menyertai pertandingan AEV 2012 iaitu PKB1, PKB2, APONTEZ, APONTEZ2 dan APONTEZ3. Seramai 13 orang pelajar terlibat dalam merekabentuk kereta elektrik bagi menyertai AEV 2012. Pelajar-pelajar ini telah diiringi oleh enam orang pensyarah iaitu En. Azli Syam Awang, En. Che Seman Che Cob, En. Badiul Zaman Md Zain, En. Wan Husni Zaim, dan En. Ahmad Zhafran Yusof. Perlumbaan ini diadakan di MRSM Jeli.
Pasukan PKB2, Apontez, Apontez2 dan Apontez3 bejaya ke peringkat suku
akhir, tetapi tewas disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat
dielakkan. Keempat-empat pasukan ini, turut berjaya layak ke peringkat
kebangsaan pada 7-9 September 2012 yang berlansung di Pusat Sains
Negara. Setelah berakhir pertandingan, kedudukan setiap pasukan PKB1
bejaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Walaupun tidak berjaya
menjuarai pertandingan ini, para pelajar telah mendapat pelbagai input
baru mengenai sukan permotoran. Para pelajar juga terdedah dengan
perlumbaan yang sebenar yang mana mereka mesti mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan.
pencapaian yang baik..teruskan usaha..buat generasi Apontez yang seterusnya, semoga terus berjaya..bawa pulang trofi juara keseluruhan EIMARace ke PKB...dream big, keep focus then impossible is nothing..
ReplyDelete