Politeknik
Kota Bharu tahun ini telah menghantar 2 pasukan iaitu, TS250 dan SS131 yang
dianggotai seramai 12 orang pelajar dari kejuruteraan automotif bagi menyertai
pertandingan perlumbaan kereta EIMARace 2014 yang bertempat di Litar Pulau Dato
Sagor Perak. Pasukan Politeknik Kota Bharu yang diberi nama APONTEZ PKB SKULL
GARAGE telah berjaya meraih JUARA KESELURUHAN bagi katogeri TS250 dan berada di
kalangan 14 pasukan terbaik daripada 32
pasukan yang bertanding bagi katogeri SS131. Pertandingan ini dianjurkan oleh Malaysian Institute Japan
Technology (MJIIT) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM). Kategori
pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan analisa rekabentuk dan sesi perlumbaan
sebenar. Sesi pembentangan diadakan pada
13-14 September di UTM International
Campus dan diikuti pula sesi perlumbaan sebenar pada 17-19 Oktober 2014 di
Litar Pulau Dato Sagor Perak. Ia merupakan pertandingan merekacipta dan membina
sebuah kereta lumba yang berkonsepkan formula 1, berkuasakan enjin
motosikal 4 lejang. Projek kereta lumba
ini dihasilkan oleh pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan
pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Automotif. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan
teknikal ,menguji daya kreativiti dan
kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam dunia teknologi motorsport khususnya dalam
bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini
akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif
yang lebih baik dan bersesuaian dengan nama sebenar EIMARace iaitu Educational
Innovation Of Motorsport & Automotif Race.
Monday, 9 March 2015
‘EDUCATIONAL INNOVATION of MOTORSPORTS & AUTOMOTIVE RACE’ (EIMARace 2013)
Kedudukan TS250
Pasukan Apontez PKB mendapat tempat ke-2 kategori TS250 perlumbaan 1
Jentera Lumba PKB
Pasukan Apontez PKB mendapat tempat ke-2 kategori TS250 perlumbaan 1
Jentera Lumba PKB
Pasukan Apontez PKB
Kursus Evolve and Inspire
Pada 9-13 Oktober yang lalu, pelajar serta para
pensyarah Politeknik dari kejuruteraan Mekanikal menghadiri kursus Evolve &
Inspire yang berlangsung di Makmal
Autocad 2, Politeknik Kota Bharu. Kursus yang dibincangkan antara pihak
politeknik dan pihak industri berkisar tentang keperluan kemahiran,
keusahawanan, teknologi perisian rekebentuk yang diperlukan oleh pihak industri
pada masa kini terutamanya dalam kejuruteraan rekabentuk. Dalam kursus ini,
pelajar serta pensyarah dapat mempelajari cara-cara pengunaan perisian
merekabentuk. Penggunaan perisian sebagai simulasi terutama hyperthinking,
untuk rekabentuk produk dalam bidang industri pada masa kini amat berguna untuk
memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna.
Antara intipati yang amat diperlukan oleh seorang graduan adalah kreativiti dan
inovasi serta berdisplin ketika berada di alam pekerjaan. Kursus yang
diberikan telah memberi kemahiran yang
tinggi dalam rekabentuk menggunakan perisisan software HYPERWORKS melibatkan
Evolve & Inspire. Disamping itu, peserta juga diajar untuk menganalisa
rekebentuk yang dibuat. Kursus ini jugak
dapat menaikkan taraf kebolehpasaran pelajar bagi peluang pekerjaan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)





